BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 9, 2009

BAJU RAYA !!!!

Lagi berapa hari nak raya kan ...
x lah berapa hari tapi seminggu lebih lah (haha)
ana nak kongsi satu kisah pada zaman dahulu di negara arab .....

PERMAISURI MEMINTA BAJU RAYA UNTUK ANAKNYA

PERAYAAN kian dekat. Damaskus,ibu kota kekhalifahan Bani Umaiyah,semarak dgn kegembiraan
Semua orang sibuk dgn persiapan masing-masing bagi menyambut saat-saat bahagia itu.

Khalifah UMAR bin ABDUL AZIZ duduk di dlm istana,lalu isterinya datang menghampirinya.
"Hari raya kian tiba.Anak-anak kita memerlukan dua salinan pakaian baru untuk hari raya." kata isteri UMAR

"Aku juga sedang memikirkan perkara itu.Namun apa yang boleh aku lakukan ? " jawab Umar sedih.

''Anda tahu,putera puteri para pemimpin dan bangsawan akan mengenakan baju-baju mahal dan hiasan permata dalamperayaan hari raya.Putera-puteri khalifah juga harus tampil dengan pakaian yg sesuai dgn kedudukan mereka."isterinya cuba memberi alasan.

"Tetapi aku tidak punya hak untuk memberimu apa yang engkau harapkan.Gajiku terlalu sedikit untuk membeli pakaian baru untuk anak-anak."

" Amirul Mukminin! Kalau begitu berikan gajimu padaku satu minggu depan dan aku akan mengatur pembelian baju anak-anak menggunakan duit itu."

''Tetapi siapa yg boleh mengatakan bahawa aku akan hidup satuminggu depan ?
Dan siapa yg tahu aku tidak diturunkan oleh rakyat sebelum satu minggu depan berakhir?
SUDAHLAH !! Lebih baik kita meninggalkan kemewahan drpd risiko berhutang yg belum tentu dapat kita bayar !.....

____________________________________________________________________
lihat....'
betapa susahnya mereka utk mendapat baju raya...
ALHAMDULILLAH kita hidup x mcm mereka dulu yg kesempitan wang....

* SALAM *

Tuesday, September 1, 2009

MANISNYA MENJADI WANITA ISLAM

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita

yang tidak hamil

5. Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala

daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih

akan mendapat pahala jihad

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga

anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya

dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian

menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada

suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan

dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda

yang dibuat daripada yakut

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan

diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya

Allah memberi 12 tahun pahala ibadat

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang

itu dengan doa keberkatan

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan

rezekinya

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu

lantai di Baitullah

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya

untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap

kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai

mati syahid

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-

maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan

memberi pahala satu tahun solat dan puasa

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika

wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan

datang sendiri kepada wanita yang MEMBERATI AURATNYA lebih-lebih lagi memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah


JADI............

SIAPA YG RASA DIRI ITU WANITA TLG BERSYUKUR !!!!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ALAMDULILLAH HI RABBIL 'ALAMIN ...........

Wednesday, August 5, 2009

BISMILLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum,sebelum antum memulakan hari,pembacaan,aktiviti dan apa saja, apakata antum mulakan dengan bacaan bismillah................................kerana apa?kerana ia adalah pembuka. Jadi lebih afdhal lah jika antum mulakan dengannya.

Jalan mutmainnah

“Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Diatas jalan inilah Rasulullah dan para sahabat baginda berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan tawfiq dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka diatas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jemaah mereka jemaah contoh tauladan. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini.”(Syeikh Mustafa Mashyur)